Gangguan bekalan elektrik yang dialami oleh penduduk Sabah pada masa ini amat menyakitkan hati.. apatah lagi selepas SESB mengumumkan tarif elektrik naik bermula awal tahun ini.. thumb up SESB.. service teruk tapi mau juga kasi naik tarif elektrik. Bercerita pasal tarif.. saya ingin tahu pasal bacaan meter.. pada pendapat saya.. tarif berbeza untuk untuk penggunaan berbeza tidak patut diguna pakai oleh SESB.. kenapa tidak patut??? Sebab staf mereka datang untuk buat bacaan meter tidak konsisten.. sebagai contoh..
- bacaan pertama 1000 (dibuat pada 2/1/2012)
-bacaan kedua = 1900kwh (dibuat pada 27/1/2012)
-bacaan ketiga = 3500kwh (dibuat pada 15/3/2012)
Kamu kira la sendiri.. datang ikut suka saja.. terang2 la 1st month bill murah tapi bill 3rd month melambung kaw2.. so ini salah siapa??? Mestila salah STAF SESB. tapi yang membayar harga atas kesilapan kecuaian dan attitude teruk mereka adalah para pengguna..
Saya rasa saya salah satu pengguna yang selalu menghubungi hotline SESB. Blackout suda menjadi terlalu biasa.. dalam sebulan 6-7 kali blackout. Dan paling teruk kemarin dan hari ini dan mungkin esok dan lusa juga.. sepatutnya kalau selalu sangat blackout.. cari puncanya.. jangan tunggu sampai semakin melarat.. atau dijadikan kebiasaan..
Rasanya prestasi SESB lebih teruk daripada prestasi LEMBAGA LETRIK SABAH dahulu.. agak menghairankan.. kenapa diswastakan kalau prestasi semakin teruk..
SESB.. wake up.. 1 person complain. Maybe that guy got problems and can be ignored but.. 1 village or nation complaint means u have a problem that u need to solve it..